Sunday, February 5, 2017

CELLMAX Malaysia SUPER FOOD

Nota penting : CELLMAX adalah supplement. Sila teruskan ubatan dari hospital/klinik yang anda makan sekarang cuma cara pengambilan CELLMAX, sila gapkan beberapa jam dari ubatan yang anda makan. 

Info di bawah ini sangat membantu, sila baca sampai habis yerrrr, haqak payung korangz dengan info bawah ni :

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah di antara soalan-soalan lazim yang biasa ditanya oleh pengguna CellMaxx kepada kami.

1⃣  *CellMaxx itu apa?*
⭐CellMaxx adalah makanan kesihatan yang berasaskan alga biru hijau atau dikenali sebagai Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) yg berasal dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat.
⭐Ianya kaya dengan nutrisi lengkap seperti Polisakarida,Klorofil,L-Selectin Ligand, Vitamin, Mineral Beta Karotena, Asid Amino dan Phenylethylamine (PEA).
⭐Berdasarkan kajian, dengan pengambilan Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) sebanyak 1-3gram sehari mampu merangsang pembebasan ibu Sel @ Stem Sel dan sel sel baru daripada tulang sum sum yang diperlukan oleh tubuh badan untuk merawat dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semulajadi.

2⃣ *Berapakah harga sekotak CellMaxx?*
⭐Harga baru mulai 1 Mac 2016 ialah :

3⃣ *Berapa lama untuk nampak kesan selepas pengambilan CellMaxx?*
⭐Secara Umum, ianya bergantung kepada jenis penyakit atau tahap kemorosotan kesihatan seseorang individu. Lebih banyak penyakit maka lebih banyak masa untuk proses pemulihan. Malah bagi individu yang sedang mengalami masalah kesihatan agak kronik, adalah disarankan untuk mengambil CellMaxx dengan lebih kerap. Biasanya kami syorkan pengambilan 3 kali sehari.
⭐ Jika ada tindakbalas awal seperti sakit kepala yang berpanjangan akibat peningkatan metabolisme dalam badan , maka disarankan untuk mengurangkan dos pengambilan CellMaxx tadi dari 3 kali sehari kepada 2 atau 1 kali sehari sahaja.
⭐Ubat-ubatan yang mengurangkan sistem imun (immunosuppressants) seperti azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine (Neoral,Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3(OKT3, Orthoclone OKT3), mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506,Prograf),sirolimus(Rapamune), Prednisolone(Deltasone,Orasone) dan corticosteroids(glukokortikoid) mungkin berinteraksi dengan Aphanizomenon flos-aquae.

4⃣ *Berapa sachet dalam sekotak CellMaxx?*
⭐Sekotak CellMaxx mengandungi 14 sachet dan beratnya 3 gram setiap satu.

5⃣ *Panduan Pengambilan CellMaxx?*
⭐Bancuh 1 sachet CellMaxx dengan secawan air mineral atau air kosong. Minum sebelum sarapan / perut kosong.
❗Amaran: Jangan Guna Air Panas atau Air Mendidih atau Air Suam untuk membancuh CellMaxx kerana ianya akan menghilangkan nutrisi CellMaxx❗

6⃣ *Apakah kebaikan CellMaxx?*
⭐Antara kebaikan penggunaan CellMaxx setiap hari adalah seperti berikut:
🎗Mengimbangi tahap gula dalam darah
🎗Mengurangkan kadar kolesterol, menyokong jantung yang sihat
🎗Mengurangkan tahap tekanan darah tinggi, mengawal tekanan darah
🎗Mempunyai kadar aktiviti sel anti-virus dan anti-tumor yang kuat
🎗Mengandungi ciri-ciri pencegahan kanser
🎗Membantu semua jenis penyakit kulit
🎗Mengandungi ciri-ciri anti-radang
🎗Mengurangkan sakit sendi, sakit kepala, kekejangan badan
🎗Membantu dalam mengawal gejala Demam Denggi
🎗Melindungi daripada alahan, termasuk alahan makanan
🎗Menyokong masalah kesihatan berkaitan prostat
🎗Menguatkan sistem imunisasi
🎗Mengurangkan jerawat
🎗Meningkatkan daya ingatan
🎗Mengurangkan gejala selesema biasa
🎗Menggalakkan fungsi hati yang betul
🎗Menyokong sistem pencernaan yang sihat dan penyerapan nutrien
🎗Menyembuhkan luka-luka dalaman dan luaran
🎗Merangsang pengedaran sel imunisasi
🎗Menghapuskan radikal bebas
🎗Meningkatkan tenaga
🎗Memberikan perlindungan yang signifikan terhadap keracunan plumbum

7⃣ *CellMaxx* *sesuai untuk penyakit apa?*
⭐Kajian Klinikal telah membuktikan Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) menyokong sistem penyembuhan badan dengan merangsang tulang sum sum kita untuk mengeluarkan Ibu Sel @ Stem Sel yang diperlukan oleh tubuh kita, seterusnya membantu menjana semula dan memulihkan sel sel, organ dan tisu rosak secara semulajadi tanpa pembedahan.

⭐Di Antara beberapa penyakit degeneratif yang berpunca daripada kerosakkan sel, organ dan tisu adalah seperti berikut :

💥Diabetes/Kencing Manis
💥Strok/ Angin Ahmar
💥Migrain
💥Resdung
💥Sakit jantung
💥Gout
💥Darah Tinggi
💥Hypertension
💥Psoriasis
💥Eczema
💥Katarak
💥Kanser
💥Kebotakan
💥Kemurungan
💥Sakit Otot
💥Bell Patsy
💥Sakit Tulang Belakang
💥Ketumbuhan
💥Alzheimer

8⃣ *Adakah CellMaxx* sesuai diambil oleh wanita hamil?
⭐Ya. CellMaxx amat sesuai diambil dan digalakkan ambil sejak awal kehamilan lagi kerana ia dapat membantu dalam pembentukkan janin yang sihat. Apapun anda dinasihatkan untuk berunding dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil CellMaxx.

9⃣ *Adakah CellMaxx* sesuai untuk kanak-kanak? Berapa usia yang sesuai?
⭐Ya, CellMaxx juga sesuai untuk kegunaan kanak-kanak. Biasanya Ibu-ibu yang mempunyai anak yang bermasalah Eczema biasanya akan memberikan CellMaxx kepada anak-anak dengan cara mencampurkan CellMaxx ke dalam susu yang diminum. Sebenarnya CellMaxx sesuai untuk semua peringkat umur.

1⃣0⃣ *Adakah CellMaxx selamat untuk digunakan?*
Ya, Ianya selamat  untuk digunakan. CellMaxx berfungsi untuk menyuburkan dan menyokong fungsi badan.

Kami mengesyorkan anda berunding dengan pakar perubatan atau penjagaan kesihatan professional sebelum anda memakan CellMaxx jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesihatan atau keadaan perubatan anda.

💖 Mudah-mudahan dengan adanya maklumat di atas dapat membantu serba sedikit mengurangkan kegusaran, kemusykilan dan was was para pengguna sekalian.

InsyaAllah, ALLAH SEBAIK BAIK PENYEMBUH.  Kita hanya ikhtiar. Setiap penyakit ada ubatnya sama ada ubatan klinikal.atau pun alternatif.

Sentiasa ISTIGHFAR ye u ols, penghulu magnet kekuatan dalaman setiap mukmin. InsyaAllah Allah leraikan kekusutan dalaman kita.

Untuk info lanjut ataupun tempahan CELLMAX, wasup 0192865353.

Thursday, June 9, 2016

Kuih Raya 2016 Bangkit Santan Bangkit Kelapa Remelec Cookies Rempeyek Kuih Loyang Mini Popiah Mini Karipap Belinja Flakes Belinja Inspira Red Pearl Cookies Almond London Biskut Nestum

Salam RAMADHAN AL MUBARAK.

Alhamdulillah ! Allah beri kita peluang skali lagi bertemu bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Antara "khasiat" bulan mulia ini adalah 👉👇

Inilah bulan yang digandakan setiap amalan.

Faham tak "GANDAAN"? Belajar maths masa sekolah dulu?

Setiap satu amalan semudah diam dan tidak berkata-kata perkara yang sia-sia pun ada pahala x gandaan minima 10 kaliganda.

Tapi Solat Wajib jangan langgar. Nanti yang lain sia-sia. Sebab solat adalah perkara pertama yang dicheck nanti.

Puasa? Bagus. Check atas ☝🏿️☝🏿 then check puasa.

Ustaz cakap.

Selamat menggandakan amalan. Ini peluang lebih hebat dari mana2 bisnes. Allah swt jamin gandaan pahala. Mudah2an kita semua diberi kekuatan, istiqomah dan kesungguhan untuk beramal.

Copy paste dari  #AzizanOsman

Rebutlah peluang ini sebaik mungkin.
Dan .....
Rebutlah jugak pilihan kuih raya dari The Legacy of Nuha Delights 💖💖💖

InsyaAllah kuih-kuih raya ni memang menjadi pilihan ramai sebelum tahun-tahun sebelumnya.

Boleh submit order dengan wasup MAK NUHA 0192865353. Last order pada 12 Jun 2016 (kalo dah terlepas tarikh tu boleh ajer cuba WA mana tau masih boleh selit dan selalunya saya suka buat lebih).

LEPAS RAYA PUN BOLEH ORDER TAU (TnC apply)

👉👉👉 WA 0192865353

(Ada 2 3 gambar ihsan gugel sebab kamera sendiri idok beghaper nak cantik 😆)

#nuhadelights
#thelegacyofnuhadelights
#kuihraya
#kuihraya2016
#projekraya2016

Thursday, July 11, 2013

Biskut Remelec ... remelec cookies ... biskut Romalec


Assalammualaikum WBT.

Nak tau biskut remelec dgn lebih detail?

Biskut ni TAK sama mcm biskut snow wpun rupe nye hampir2 sama. Rasa pun lain.

Biskut ni my cousin adun khas dgn bahan yg best2. 

Biskut ni bila dah masak, disalut coklat cair dan disalut pulak dgn serbuk roti/breadcrump (bukan kelapa kering ye sbb ramai ingat kelapa kering). Sebab tu bila mkn rasa a bit crunchy .

Sangat2 nyummy. Untuk rumah saya saje, saya order 4 balang. Belum lagi bawak balik kampung utk buah tgn to my parent (jugak 4 balang).

Kalo hidang masa raya kat kampung, sebalang sehari je abis. Tak yah tunggu sedara-mara, anak menantu, cucu2 kat rumah tu je dah "kendurikan" kukis ni sambil nengok tv/sembang2. Tapi agak berkecah skit sbb serbuk roti tu lah.

Kukis ni boleh je dimakan bila2 pun tak yah tunggu raya. Nak order untuk lepas raya/kenduri kawin/apa2 occasion pun boleh. Dpt kat budak, kejap je licin :)

1 balang 50 biji RM26.00.
Tapi tak pos sbb takut pecah. Kalo yg jauh dr KL boleh le pass kat sesapa yg dok KL.
Boleh jugak deliver to Daerah Kinta, utk musim raya ni (min order 5 balang boleh mix ngan kuih yg lain). Kalo luar musim raya kalo order 20 balang may consider le anto ke Daerah Kinta. 

Berminat nak try sebalng dua? pls emel to nuha.mih@gmail.com.
Atau sms 0192865353.

TQVM & Syukran Jazilan !




Tuesday, July 2, 2013

Kuih Raya 2013 bangkit santan, putu, belinja flakes, remelec, rempeyek, sepit dll

Assalammualaikum WBT.

KUIH RAYA NUHA DELIGHTS SETIAP TAHUN HAMPIR SAMA KERANA
-
-
-
-
KESEDAPAN
KUALITI
KERANGUPAN
HOMEBASED

SANGAT2 TRADITIONAL UNTUK PROSES PEMBUATAN NYA terutama BANGKIT SANTAN, PUTU KACANG, KUIH SEPIT & REMPEYEK sbb kuih2 ni adalah hasil tangan yang sangat mulus dan lembut dimamah usia iaitu, mak saya (umo 60+), angah saya (makcik saya umo 60+) dan mak unggei (makcik saya jugak lewat 50an).

BANGKIT SANTAN
RM16.00 50 BIJI


BANGKIT SANTAN
RM16.00 50 BIJI

 
REMPEYEK  (kacang + ikan bilis)
RM28.00 80 BIJI/SEBALANG

Manakala bagi biskut/kukis pulak,
pun semuanya secara homebased dan inggredient yang terbaekkk sahaja.
REMELEC COOKIES (jugak dari sepupu saya yg berusia 60+),

REMELEC COOKIES
RM26.00 50 BIJI

MAZOLA DAN BADAM - hasil tangan my beloved mak.

MAZOLA
RM20.00 50 BIJI


BISKUT BADAM
(ade rasa masin2 skit dan sgt crunchy)
RM20.00 50 BIJI


ALMOND LONDON, TAT, CONFLAKES MADU, - dari pakar kuih moden di KL ni iaitu jiran saya dan saya telah menjual produk beliau dari tahun 2003 (Alhamdulillah dah 10 tau U !)
TAT NENAS
RM26.00 50 BIJI

CORNFLAKES MADU
RM26.00 50 BIJI
 
ALMOND LONDON
RM26.00 50 BIJI


Untuk KARIPAP & POPIAH pun saya dah jual almost more than 5 years. Seronok dapat bantu jiran mak di kampung menambah pendapatannya, insyaAllah dan Alhamdulillah dari sambutan tahun2 sblm ni, berkat jualan KARIPAP MINI & POPIAH MINI ni lepaslah JIRAN MAK buat tambang balik kampung ke Kelantan
dan bersedekah duit raya pada tetamu kecil yang datang ke rumah beliau di Kelantan.

Yang bestnya, KARIPAP DAN POPIAH MINI ni intinya adalah 100% SERUNDING IKAN. Kan kata dari Kelantan memang terkenal dengan hasil laut.
Also homebased dan berkat air tangan org2 kampung di sana.
Syukur Alhamdulillah !!!

BUAH ROTAN
RM26.00 1 KG

KARIPAP (SERUNDING IKAN)
RM13.00 50 BIJI


POPIAH MINI (SERUNDING IKAN)
RM13.00 50 BIJI

Dan untuk belinja flakes dan belinja inspira,
memang dibuat khas dari main inggredient iaitu buah belinja.
TAPI rasanya sangat2 marvelous, dan sapa sangka dari belinja yg payau tu pun boleh dikomersialkan jadi kudap-kudapan.
Sudah 2 tahun best seller since diperkenalkan tahun 2010.
BELINJA INSPIRA
RM26 50 BIJI


BELINJA FLAKES
RM26.00 50 BIJI


Jom deariest, MAKE YOUR ORDER for your own, mak, makmentua, adikberadik, iparduai, sebagai buah tangan pada hari raya nanti.

TARIKH AKHIR ORDER 10.7.13
SMS 0192865353/0195961312 atau pun emel nuha.mih@gmail.com
free delivery area SOGO/KLCC/AMPANGPOINT/KERAMAT/DAMANSARA HEIGHT/HUKM/BDR TUN RAZAK/DESA TUN RAZAK/KG PANDAN/MALURI/PANTAI DALAM

KAMI TAK BUAT POS YE SBB TAKUT HANCUR.
UNLESS KALO POS VIA BAS EKSPRESS (MIN ORDER 20 BALANG)

TQVM & SYUKRAN JAZILAN !

Monday, August 13, 2012

Kuih Traditional : Kuih Bangkit aka Kuih Bakar

Bismillah & As Salam,
Ni lah dia kuih kegemaran sejak zaman berzaman.
Dari baby ke usia tua pun suka kuih ni.
Baik yg bergigi dan tak de gigi pun blh makan
Kuih bangkit atau kuih bakar kata org Perak.
Melt di dalam mulut seolah2 ade susu je tapi bahan2 dia tak de kena mengena dgn tenusu wpun ia berwarna putih sesuci kain kapas.
Bahannye : Tepung dijemur dan digoreng supaya dia ringan dan
tahan selama 6 bulan tanpa bahan pengawet.
Gula pun dijemur (tu yang bila ujan atau cuaca dah gelap, cepat2 selamatkan bahan2 berharga ni daripada angkat kain, he he he)
Sedikit santan dan Lain2 (saya pun tak berapa pasti bhn apa lagi yg mak buat sbb saya tukar tengok)

Moh nengok the making of kuih bakar !
Terapan ikut acuan oleh mak saya !

Proses memindah kan ke dlm dulang oleh ayah saya yg dok kat Kg Serkai Jadi, Tronoh !

Udoh le masok komey oi, naik gebu je wpun tak pakai apa2 bhn penaik.
See, kalo org dah "expert" insyaAllah dipermudahkan oleh Allah tambah pulak sblm masak, blh lagi tadarus/solat sunat/berzikrullah
Seputih kapas !

Tadaa ! Ready to SELL !

Tgk betul2 dlm lemari tu nampak tak warna pink - rekues oleh customer saya.
Botol kecik (RM17/50pcs) dan botol besar (RM34.00)

Juga sedia mengambil tempahan untuk borong (min 15 balang)
atau
Untuk hantaran, meh nengok bawah ni customed baked for hantaran

Untuk doorgift pun boleh !


Thursday, July 19, 2012

Kuih Raya 2012 runcit dan borong

Syukur Alhamdulillah,
Jom order kuih raya.
For my repeat customers tentu dah tau rasa dia mcm mana.
Jualan untuk runcit & borong.
Order dibuka mulai sekarang sehingga 7 Ramadhan ^_^
Kalo sesapa yang asyik terlepas order tu, 
elok le terus order sekarang, 
tak payah fikir2 lagi nanti ade pulak yg terlepas.
Sila email order anda di nuha.mih@gmail.com
jgn lupa bubuh tajuk order kuih raya 
(takut saya pulak yg terlepas pandang)





















cupcake decorating tips